Pages

4/14/11

Tutur Kata Yang Baik dan Sopan

Tutur kata yang baik dan sopan malahan berlemah lembut terhadap pasangan merupakan perbuatan yang amat dituntut di dalam Islam. Tidak menjadi suatu dosa atau pun keaiban sebenarnya jika seorang suami berbicara dengan isterinya dengan kata-kata yang lemah lembut, sopan dan memanggil dengan panggilan yang mesra dan romantik apatah lagi memuji isteri.

Islam menganjurkan kepada suami agar tidak kedekut mengungkapkan kata-kata manis terhadap isteri kerana fitrah seorang wanita itu selalu inginkan pujian, layanan yang baik lebih-lebih lagi daripada suaminya.

No comments: